Monday, December 27, 2010

moon and stars

"jangan impikan bulan dan bintang kalau awan pun tak tercapai dek tangan" -
"don't dream of moon and stars if you cannot reach the cloud"

Tuesday, November 16, 2010

life line

if people are telling you that your life line is written on your hand, they are telling you lies. You write your life line with your own hand. mmg semua kejadian adalah takdir, ketentuan Illahi. tp bukankah sudah termaktub bahawa tuhan takkan merubah nasib sesebuah kaum atau seseorang itu jika dia tiada usaha untuk merubahnya sendiri? dipetik dr surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya" selamat hari raya aidil adha! 

Wednesday, October 13, 2010

drown?

if you are drowning, and refuse my help, i won't go drown with you. i'm gonna tell you "i've told ya!"

Wednesday, September 29, 2010

semangat raya ~(^_^)~

      cakap pasal semangat raya, ada byk elemen yg membuatkan kita rasa akan semangat raya tu. sy rasa, time kecik2 dulu lah yg paling syiok bila nk sambut raya ni. 2 minggu sblom raya dh count down. memula skali bila lagu raya berkumandang. dulu lagu raya 2 minggu sblom raya dh pasang kat radio. skrg je yg seminggu nk raya baru ke udara.
       pastu, preparation menjelang aidilfitri yg paling best. satu family gi shopping baju raya, kasut raya. masa kecik2 dulu, mencabar sungguh bila gi shopping raya. almaklumlah, kecik & puasa. so bila jln tu letih lah, haus lah, lapar lah...itu lah peluang berbuka kat luar.
        time ada kampung dulu, sume org sebok. beli barang2 nk buat kuih, beli minyak tanah nk bakar pelita. dulu pelita buat sendiri. pastu, carik buluh nk bakar lemang, anyam daun palas nk rebus ketupat. huhu...nostalgia. skrg, sume segera, lemang segera, ketupat segera. sume dlm plastik. hehehe....3-4 hari nk raya, bunyi meriam buluh dah berdentam dentum. laman umah dh penuh pelita - 7 likur, cantik~. tinggal 2 hari nk raya, ganti langsir baru, ganti sarung kusyen baru, buang sawang, bersih laman - sapu daun kering, buang taik ayam kat tangga serambi...huhu..
         mlm sblom raya paling bess, sume berkumpul kat umah ibu (bukan rumah ibu kami, tp rumah di mana semua org berkompol bila balik kampung). so kita akan tunggu sorg lepas sorg balik kampung. main bunga api sambil takbir raya. seronok~
        pagi raya pulak, sume bangun awal pagi nk pegi solat sunat aidilfitri berbaju raya!. selalunya org lelaki dgn budak2 yg pegi. org perempuan kebanyakannya stand by kat umah prepare breakfast ketupat, lemang & rendang - nyumNyum!. pas breakfast, sume org amek tempat masing2 utk salam raya & mintak maaf. time ni lah kadang2 ada yg emo, ada yg berguguran air mata bila mintak maaf. then acara last skali sblom berjalan raya ialah bergambar family, kenangan raya tiap2 tahun.
         salah satu lagik semangat raya adalah duit raya! keseronokan mengumpul duit raya bila kita berlomba2 tgk sape dpt duit raya paling banyak. masa kecik2 dulu dpt ler duit raya, bila dh besar kena lah huluq pulak. hehe..ziarah sanak saudara & sahabat handai pon elemen semangat raya. owh ye, ada satu lagik elemen yg membangkitkan semangat raya adalah KAD RAYA yg semakin pupus. seronok bila dpt kad raya, bleh gantung buat hiasan. skrg, org bg sms ngan e-card je, x bleh gantung. setem pon dh mahal, 60sen utk satu kad. adoih~
           hopefully, semangat2 ni x hilang ditelan zaman. apa yg baik kita kekalkan, yg buruk kita ganti baru, baru lah raya =p gurau je. sy amek kesempatan utk wish sume org "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" dh rasa cam buat ucapan kat tv plak. enjoy raya sebulan!

kawen!

            i once asked a friend, "do u have doubts masa nk kawen dulu?" huhu..dia cakap, ada! haha..tot org lain tader keraguan. tp bila kaji selidik, rupanya doubt dia x sama dgn my doubt. dia (nama dirahsiakan) memula rasa mcm there's someone else better for her. but then, bila dh kawen keraguan tu hilang. well, keraguan sy berbeda. sy seolah ragu dgn majlis/kenduri kawen tu sendiri. apa yg wajib? apa yg sunat? apa yg boleh? apa yg x boleh? nk buat kecik2 ke? nk buat grand ke? bila 'masa' tu semakin menjadi realiti, barulah mcm2 benda terpikir. sblom nie, asyek pk nk kawen je. almaklumlah; umur pon makin bertambah, bukan semakin kurang.
            org kita (sy refer kpd daerah & masyarakat setempat) byk sgt benda yg nk diambil kira. terutamanya adat resam yg mmg dh sebati dgn kita; bak kata perpatih "hidup dikandung adat, mati dikandung tanah". haruslah kan, kalo bukan kita nk kendong adat kita, x kan org euthiopia pulok. itu terpulang masing2, ikut preferences kita. tp jgn smpi perkara2 mcm ni menyusahkan kita. antara sedar atau x, benda2 ni x byk sket ada pengaruh terhadap niat suci murni kita utk mendirikan masjid.
           sy sgt suka statement sorg kawan ni, "kita(u and me) ni agaknya kan awak, kalo kawen x payah pakai duit byk2, dh lama kawen kan!" hahaha...sy sgt setuju! pada sy, kenduri kawen ni hukumnya buat yg kita termampu. yg x mampu x yah lah buat. buat yg mana wajib je. nk tunggu smpi mampu nnt ntah bila2 pulak nk kawen. sy rasa, yg paling penting adalah KITA sendiri, mcm mana yg kita suka nk buat majlis. tp harus diingat, majlis/kenduri kawen bukanlah penentu kebahagian hidup di alam perkahwinan.
      ada pulak org tu sesetengahnya prejudis kpd perkahwinan. diorg rasa as if kawen ni menyekat kebebasan, aktiviti limited, skejap je seronok then masuk fasa seterusnya dh x bess and so on bla bla bla. pandangan peribadi sy mengatakan, org begini x berani berhadapan dgn realiti. huhu...jgn marah ye.. ok, abaikan. apa2 pon, hidup kita mmg penuh dgn risiko. kalo buat itu tanak jadi mcm ini, buat ini takut jadik mcm tu, duduk je lah terpuruk bawah tempurung. selamat je rasanya, wee~
          dgn citer2 di atas jgn pulak ada yg rasa was-was atau ragu utk berkahwin. kahwin itu sunnah junjungan besar kita. sunnah dpt pahala. Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia: “Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”

dream!

          berapa ramai antara kita yg prihatin terhadap mimpi? mimpi hanya mainan tido? kalo mimpi hanya sekadar mainan, keta honda tu setakat mainan yg dlm angan2 kita je. kan honda kata "the power of dream" power sangat ke mimpi ni? bg yg rajin buat testing, research tu bleh lah come out dgn kesimpulan yg munasarawak. tp bg yg x berapa nk rajin tu, meh kita baca artikel kat sini http://health.yahoo.net/articles/womens-health/8-things-you-didnt-know-about-dreams; mana tau mimpi bleh jadi kenyataan, kan? x salah bermimpi kalo ada usaha, jgn stakat mimpi di siang hari je.